Tuesday, May 22, 2012

Majlis Makan Malam, Permanis







Alhamdulillah masih ada kenangan yang boleh aku abdikan di dalam blog ini. Kali ini aku ingin ceritakan kenangan aku berberapa hari yang lepas iaitu pada hari Ahad 20/5/2012. Kenangan yang aku maksudkan ialah Majlis Makan Malam Mahasiswa Anak Negeri Sembilan. Majlis makan malam ini telah dibuat di Rumah Rehat Universiti Malaya.

Walaupun aku bukan ahli Persatuan Anak Negeri Sembilan, tapi aku telah dijemput untuk menghadiri majlis makan malam ini, kerna aku pernah turut serta dalam program kembara siswa yang telah dianjurkan oleh persatuan ini. Bagi aku, majlis makan malam ini, merupakan majlis kemuncak persatuan ini sesi 2012/2013 kerna perlantikan exco dan majlis tertinggi akan dibuat pada malam itu juga. Malah majlis makan malam pada hari itu juga sempena meraikan 37 tahun kegemilangan Permanis Universiti Malaya.

AKu ucapakan terima kasih kepada persatuan anak negeri sembilan, universiti malaya kerna memberi kesempatan dan peluang kepada aku turut serta di dalam kenangan bersama PERMANIS. Walaupun aku bukan ahlinya, tetapi permanis tetap di hati. Kenangan bersama permanis, merupakan salah satu kenangan terindah hidup aku. Akhir kata, aku ucapkan terima kasih kepada teman-teman yang datang blog ini. Terima Kasih.

Sunday, May 20, 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012





Allamdulillah, semalam merupakan rezeki negeri Kelantan kerna buat pertama kalinya pasukan bola sepak negeri kelantan berjaya menjulang Piala FA buat pertama kalinya. Malah kemanisan ini lebih terasa kerna piala FA ini merupakan piala baru dan negeri kelantan merupakan negeri atau pasukan pertama yang menjulang piala FA baru ini.

Tahniah kepada pemain pasukan Kelantan dan semua penyokong kerna kerjayaan ini.semalam, kelantan menang dengan keputusan 1 vs 0 diantara kelantan vs Sime Darby. Jaringan ini dihasilkan melalui sepakan penalti oleh Ghaddar. Bagi aku semangat dan sokongan daripada rakyat-rakyat kelantan merupakan faktor utama kebangkitan pasukan negeri Kelantan. Tahniah aku ucapkan kepada semua rakyat negeri kelantan, pemain dan pengurusan bola sepak negeri kelantan. Tahniah.

Aku rasa itu sahaja untuk kali ini, jika teman-teman nak lihat detik kemenangan dan aksi-aksi terbaik perlawanan tadi, tadi teman-teman boleh lihat di link Piala FA 2012. Akhir kata aku ucapakan terima kasih kepada teman-teman yang datang blog ini. Terima kasih.
Kredit video : Sinar Harian
Gambar : Fb Football Kelantan

Saturday, May 19, 2012

Perjalanan Sebuah Persahabatan















Perjalanan ku mencari permata-permata,
Yang bisa menyuburkan jiwa,
Yang bisa menghidupkan hati,
Agar aku sentiasa mengingati NYA.

Apakah permata-permata yang ku cari,
Perjalanannya sukar penuh duri,
Sehingga langkahan menjadi payah,
Memaksa jasad menungkah lelah.

Aku tertanya-tanya,
Adakah masih jauh jalan yang harus ku tempuhi,
Atau tersedia ada di depan mata,
Tanpa ku sedar.

Tapi langkah ku ini tidak akan mengenal,
Apa itu lelah,
Kerana matlamat ku jelas,
Permata yang ku cari.

Selama hidup ku ini,
Pasti akan ku temui,
Dan di hujungnya,
Pasti bahagia.

Doa ku hanya satu,
Moga ALLAH pertemukan ku,
Dengan permata di hujung perjalanan
Itulah permata yang dinamakan sahabat,

Aku percaya kepada ikatan ini,
Moga ALLAH pertemukan ku,                                                                                                                             
Dengan dia,
Sahabat ku.

**Kredit Kepada
1) alextechor5@yahoo.com.my
2) TechLexis

Friday, May 18, 2012

Gomo Kelate Gomo ( Berusaha Kelantan Berusaha)



Versi Loghat Negeri Kelantan
Gomo, gomo, gomo kelate gomo,
Kita gomo biar Sime Darby keno,
Jika  mene, kito buleh wak kelik piala.

Gomo, gomo, gomo kelate gomo,
Penatian wah duk tugu biar baloi,
Mene kena sunggoh, baru kito buleh wak kelik piala.

Tunjuk pada dunio,semangat ore kelate,
Rakyatnya terkenal di serata negeri ore,
Tunggu peluang, male esok kito pakat kace,

Satu Pesane untuk puok kito
Mari tepat ore jange pulok tunjuk meto,
Pranga biar comey, jangan pekong boto,
Jange buat malu Tan Sri Nuar Muso,
Jugok tidok lupo tok guru Nik Aziz MB kito.

Versi Bahasa Melayu
Berusaha, berusaha berusaha kelantan berusaha,
Kita berusaha biar Sime Darby kalah,
Jika menang, kita boleh buat balik piala.

Berusaha, berusaha, berusaha kelantan berusaha,
Penantian selama ini biar berbaloi,
Permainan kena bersungguh-sungguh, baru kita kita dapat buat balik piala,

Tunjuk pada dunia, semangat orang kelantan,
Rakyatnya terkenal di di serata negeri lain,
Tunggu peluang, esok kita sama-sama buktikan.

Satu pesanan untuk rakyat kita,
Datang tempat orang, jangan pula tunjuk samseng,
Perangai biar elok, jangan baling botol,
Jangan buat malu Tan Sri Anuar Musa,
Juga tidak lupa tok guru Nik Aziz MB kita.

Nukilan pada kali ini adalah sempena Perlawanan Piala FA diantara Kelantan melawan Sime Darby esok. Jadi malam ini aku dedikasikan nukilan ini kepada seluruh rakyat negeri kelantan, permain negeri kelantan dan teman-teman yang datang ke blog ini.Aku harap esok pasukan Kelantan dapat menjulang Piala Fa. InsyaAllah.

Akhir kata, aku ucapkan terima kasih kepada teman-teman yang datang ke blog ini. Terima kasih.

Wednesday, May 16, 2012

Kenduri Rakyat, Akademi Pengajian Melayu














Alhamdulillah satu lagi kenangan tercipta semalam. Kenangan aku bersama teman-teman rapat aku, kenangan aku bersama-sama teman satu akademi. Kenangan kami mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Di Akademi semalam, berlangsung satu majlis yang dinamakan sebagai Kenduri Rakyat bagi merapatkan ukhawah di antara semua penghuni "istana di kayangan" dan bagi meraikan pelajar tahun akhir yang hanya tinggal berberapa minggu lagi sebelum meninggalkan bumi Universiti Malaya ini.

Sempena kenduri rakyat ini, berberapa juadah atau masakan yang telah desediakan oleh kami, pelajar akademi bersama dengan kakitangan APM dan bersertakan pihak cafe, Lieza Katering. Masakan yang telah disediakan seperti gulai kawah, ayam masak merah, ikan bakar dan lain-lain lagi.

Sebenarnya aku tidak tahu nak gambarkan peristiwa semalam dengan kata-kata.Jadi bagi untuk memperlihatkan susasana majlis semalam, aku sertakan berberapa gambar di atas yang menggambarkan suasana dan kenangan yang tercipta semalam.Semalam aku sangat gembira kerna aku masih lagi diberi peluang untuk menghabiskan sisa-sisa akhir akhir untuk bersama-sama teman-teman. Teman-teman ku sekalian, terima kasih kerna kalian mewarnai hidup aku dan menjadi sebahagian daripada kenangan aku. InsyaAllah, walaupun lepas ini kita tidak bersama lagi, tapi kenangan persahabatan kita di sini akan kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.

Itu sahaja untuk kali ini, terima kasih kepada teman-teman yang datang ke blog ini. Terima kasih.