Friday, May 28, 2010

Tulisan Jawi



Tulisan jawi merupakan warisan budaya yng tidak terhingga nilainya pada bangsa Melayu. Hal ini telah terbukti, apabila kita melihat sejarah ketamadunan bangsa Melayu bermula dengan penggunaan tulisan jawi dalam urusan surat menyurat dan pendokumentasian.
Terdapat banyak khaznah ilmu Melayu telah ditulis dalam tulisan Jawi. Antaranya ialah Terjemahan Melayu Tafsir Al-Quran,al-Baidhawi oleh Abdul Rauf al-Fansuri, Serajarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, dan pelbagai lagi buku-buku yng tidak mampu untuk saya senaraikannya.
Namun disebabkan kesan daripada penjajahan,Hari ini, kita dapat melihat penggunaan tulisan jawi semakin terpinggir dalam kalangan orang Melayu. Malah, golongan muda juga dikatakan asing dan janggal dengan tulisan jawi. Mereka lebih selesa menggunkan tulisan rumi memandangkan tulisan tersebut telah digunakan secara meluas.
Penggunaan tulisan jawi ini juga semakin berkurangan dalam aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contohnya, suatu ketika dahulu, kedai-kedai milik orang Melayu dan orang bukan Melayu menggunakan tulisan jawi untuk menulis nama kedai mereka. Kini, semua itu telah berubah, tulisan jawi semakin kurang digunakan.
Nasib tulisan jawi yang dikatakan “hidup segan, mati tak mahu” sudah menjadi ungkapan akademik pada setiap seminar yang membincangkan topik ini, malah orang ramai juga mengakui bahawa tulisan jawi kurang digunakan sekarang.
Dalam usaha untuk mengembalikan penggunaan tulisan jawi ini, semua pihak perlulah bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing. Bukannya meletakkan tanggungjawab ini di bahu Kementerian Pelajaran sahaja.Janganlah sampai satu saat nanti generasi muda tidak lagi mengenali tulisan jawi. Kita mempunyai akal dan hati.Justeru, renung-renunglah sejenak memikirkan perkara ini.

No comments: