Monday, September 27, 2010

Air Terjun Sungai Gabai














Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku pergi berkelah di air terjun Sungai Gabai bersama dengan teman-teman aku, iaitu, Firdaus, Din, Hafiz, Zul Ganu, abang Zul,Fakar, Fuad, Aidid dan tiga orang kawan perempuan yang tidak perlu aku nyatakan. Kami bertolak dari Universiti Malaya lebih kurang dalam pukul 10 lebih. Perjalanan dari UM ke Air Terjun Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat memakan masa lebih kurang 1jam lebih dengan motosikal.

Terlebih dahulu sebelum memulakan perkelahan ini, kami telah mengeluarkan duit sebanyak RM10 setiap orang untuk membeli barang-barang yang akan dibawa di sana.Antara barang-barang yang dibawa oleh kami ialah, ayam, sotong, ikan kembung, arang, nasi lemak, kuih, air, dan beberapa lagi. Aktiviti utama kami merupakan BBQ dan kemudian mandi manda.

Sebelum memulakan perjalanan, Abang Zul telah mengetuai bacaan doa, bagi keselamatan sepanjang perjalanan kami ke tempat yang ditujui. Air terjun Sungai Gabai ini terletak di kawasan yang agak pedalaman sedikit dari Bandar dan kampong-kampung, rumah serta persekitaran di sana amat menarik dan mampu menarik setiap mata yang memandang panorama di sepanjang perjalana. Untuk memasuki kawasa air terjun ini, motosikal dikena bayaran parking sebanyak RM1 bagi setiap motorsikal.

Semasa sampai di air terjun tersebut, kami telah meletakkan motosikal di tempat yang telah disediakan dan memulakan aktiviti pertama kami dengan melangkahkan kaki untuk naik anak tangga bagi menuju ke puncak air terjun. Air terjun di tempat itu, agak tinggi dan untuk sampai ke puncak, aku telah berhenti beberapa kali untuk berhenti rehat kerana penat dan lenguh naik tangga yang tinggi.

Berkat kesabaran, kesungguhan dan rasa ingin menikmati keindahan di puncak, akhirnya lebih kurang dalam pukul 12 lebih kami semua telah berjaya sampai di puncak air terjun. Semasa berada di atas puncak, aku lihat ramai keluarga yang mandi manda dan terdapat juga yang berkehmah di sana. Kemudian kami telah mencari satu tempat yang lapang bagi meletakkan barang-barang kami. Di samping itu juga kami telah salin pakaian bagi memudahkan pergerakan kami.

Seterusnya upacara utama kami bermula dengan BBQ, abang Zul merupakan orang yang paling bertungkus lumus dalam aktiviti ini. Namun kami tidak hanya berpeluk tubuh, kami juga tolong menolong bagi memudahkan dan senang siap. Setelah kesemua ikan, ayam dan sotong di bakar dan masak. Kami semua telah menjamu selera bagi mengumpul tenaga kembali. .

Air sungai di situ sangat sejuk dan cukup jernih, malah air terjun juga amat menarik dan memukau setiap pengunjung yang datang kesana. Bermacam-macam kelakuan yang dilakukan oleh kami sepanjang mandi manda, ada yang panjat batu, ada yang duduk di bawah air terjun, berenang dan menyelam. Dan yang paling menarik ialah, kami perpeluang bermain gelongsor batu. Bermain gelongsor air yang semulajadi amat menyeronakkan dan cukup teruja. Boleh dikatakan setiap orang yang merasai pasti akan merasa menyeronakkan. Semasa bermain selongsor air, kami telah melakukan bermacam-macam gaya yang tidak akan dilupakan oleh kami.Bagi kenang-kenangan kami telah mengambil gambar bagi memperingati kedatangan kami kesana.Tempat itu amat menarik dan sesuai untuk perkelahan seisi keluarga.

Apa yang aku tulis ini, bukan sepenuhnya aku ceritakan, ada yang aku tidak masukkan. Hal ini kerana,jika aku masukkan nukilan kali ini akan jadi panjang macam karangan pula. Apa yang pasti kenangan aku bersama teman-teman aku tidak akan aku lupakan. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Air Terjun Sungai Gabai. Tahniah kepada semua teman-teman aku yang telah menjayakan perkelahan ini. Perkelahan ini merupakan kenangan terindah kita semua dalam perjalanan persahabatan kita.

No comments: