Tuesday, October 12, 2010

Adakah Naga Wujud?







Hari ini aku mempunyai sedikit masa yang terluang dan aku merasa bosan duduk di bilik.Justeru itu,aku telah mengisi masa dengan melihat satu cerita kartun iaitu cerita How Train Your Dragon. Bagi aku cerita ini bermula dengan bagaimana ingin membina kepercayaan dan setia kawan di antara naga dan manusia.Jalan cerita ini juga amat menarik dan menghiburkan, malah watak-watak yang dihasilkan juga mempesonakan mata yang memandang.

Sambil-sambil menonton cerita ini, aku terfikir adakah naga betul wujud di dunia ini? aku jadi tertarik dan memikirkan tentang kewujudan naga. Malah aku surf dalam internat mengenai kewujudan naga, namun tiada artikel yang mengesahkan adanya naga di dunia ini.

Kita semua maklum bahawa dinasour pernah wujud di dunia ini, berdasarkan bukti-bukti akeologi yang dijumpai seperti tulang. Berbagai-bagai spesis dinasour pernah hidup di bumi ini. Namun bagaimana dengan naga? adakah naga hanya makhluk dongeng dan fantasi yang dicipta oleh minda manusia?. Adakah naga makhluk mistik?

Namun, di dalam masyarakat cina, mereka percaya adanya naga di dunia ini. Malah di dalam kebudayaan cina, terdapatnya naga. Mungkin naga merupakan haiwan mistik dalam keagaamaan mereka yang telah diskaralkan oleh kebudayaan mereka. Apa-apa pun jawapannya,aku masih tidak pasti naga wujud atau tidak. Mugkin perlu ada satu kajian khusus bagi melihat, menbincangkan dan mencari jawapan tentang naga ini.

No comments: