Monday, January 16, 2012
Durian Dah Berbuah
Sebenarnya aku tidak ada idea nak menulis.Tapi disebabkan lama aku tidak 'update" blog aku.Malam ini aku tulis pasal durian dah berbuah. Secara asasnya bila durian dah berbuah itu tandanya sudah musimnya. Musim buah durian. Jika aku berada di rumah sekarang, mesti pagi atau lewat petang, aku akan pergi dekat pokok-pokok buah durian di depan rumah aku, lihat sama ada ada buah jatuh atau tidak. Kalau durian yang ditanam sendiri ini ada dua kemungkinan, sama ada kita yang dapat atau haiwan yang dapat. Jadi masa musim buah, selalu-selalu kena masuk kebun.
Tapi buah masa ini, aku bukan berada di kampung, aku tidak dapat pergi cari buah durian yang jatuh di kebun. Jika tempat aku di kelantan. buah yang jatuh itu kami panggil "buah luruh". Walaupun tidak dapat cari durian di kebun, tidak semestinya di ibu kota raya ini tidak ada buah durian. Berlambak buah durian yang beraneka jenis dan harga dijual di tepi-tepi jalan, pasar raya dan sebagainya. Tapi yang paling banyak aku lihat orang jual buah durian di tepi jalan.
Jika di kampung-kampung, selalunya orang tidak memiliki pokok durian, mereka akan beli di pasar malam, pasar tani, gerai tepi jalan dan sebagainya. Kemudian mereka akan bawa balik buah durian itu untuk di makan di rumah. Sama ada terus makan atau buat pulut durian. Tapi di sini, suasana sedikit berbeza, kerna apa yang dapat aku perhatikan ialah orang suka makan buah durian di tepi jalan iaitu makan terus di gerai yang mereka beli itu.
Rupanya seronak juga makan buah durian ini di tepi jalan kerna orang di sekeliling kita turut makan bersama-sama. Malah jika makan di tepi jalan ini, ianya lebih mudah, kita tidak perlu untuk membelah,mengopek atau berbagai istilah lagi. Semua itu akan dibuat oleh tuan gerai. Kita hanya makan sahaja. Aku dengan berberapa orang teman aku berkesempatan merasai nikmat makan buah durian di gerai tepi jalan ini. Alhamdulillah isinya elok. Makan bersama-sama dengan teman-teman amat menyeronakkan. Kami berbual, ketawa, bergurau senda, kadang-kadang menyakat. Itu semua mewarnai persahabatan kami. Malah perisitiwa makan buah durian ini juga merupakan satu kenangan yang indah dalam diari aku sebagai seorang musafir di dunia fana ini, sebab itulah aku tulis ini di diari umum aku.
Itulah yang dapat aku tulis kali ini, terima kasih teman-teman yang datang ke blog yang tidak berapa aktif ini. terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




3 ulasan:
wahhhhhhhhh..sedappppnyaaaaaa...lagi2 dpt isi yg kuning tu..nikmatnye kan..=)
best mkn durian kat tepi jalan, bukak durian tu terus makan..hehe..dgn kawan2 plak kan.=)
Da lame tak makan duriann T-T
adeh meleleh air liur nengok....
The End Of : www.contengcorner.com
Post a Comment